Tuesday, October 4, 2011

Bosan 2

1. Seriously, waktu subuh adalah mukadimah yang paling comeeel dalam setiap hari2 kita. Bila ada masa tu subuh terjadi gajah, or terlajak jadi badak or tak sama mcm yg diharapkan, sumpah selalunya hari tu akan jadi hari yg bermasalah tahap cipan or depressed tahap masam punyaa. Penah tejadi dalam beberapa hari terdekat ni. Memang seriously hati langsung tak tenaang dan masalah terus datang bertimbun2 macam kena hempap dgn beras sepuluh kg :( Rasa yg Allah tgh tegur T_T

2. Berbulatan gembira sememangnya sangat indah. Namun di sini, tak semua orang paham untuk berbulatan gembira. Maka tidak seharusnya mengharapkan mana2 pihak melakukan kerja comelnya dengan smoothly. Tidak semua orang senang utk didekati, lagi2 yg namanya diambil macam tu jeee. Seriously, attitude dan pengurusan adalah dua benda utama yg sangat2 perlu di'take note' sebelum mengharapkan dapat lakukan sesuatu perkara dgn baik.

3. Polisi markah dalam kelas critical writing sem ini telah menyebabkan kami perlu menyediakan 5 jenis Application Essays dan juga 3 bijik Letter of Recommendation sebelum bulan 12. Dan ini sangat awesomee. Akhirnya kami tak dapat mengelak jugak. Dan universiti yg sudah dipilih bersama juga perlu ditukar rasanya. Rugi pulak bila da buat Essays n LOR tapi tak try send kat universiti2 yg memerlukan semua tuu. Fuuuuhhh. Tarik nafas dalam2. Kena rombak balik ni. .

4. Belajarlah untuk memahami keadaan orang lain. Tak semua orang boleh bergerak laju. Asalkan dia masih boleh berjalan, even merangkak or mengengsot, mereka masih boleh tetap bergerak. Lebih baik daripada mereka berhenti dan patah balik. Bersyukurlah sepatutnya. Kalau nak tolong, tolonglah dengan memberikan semangat yg kiuut, dan bukan dengan cara memaksa untuk mereka bangun dan berlari. Tak semua orang boleh lari dengan power. Kesian yg kalau ada kaki injured tu semua. Berilah mereka masa, berikan mereka semangat, dan cadangkan cara utk overcome, yg penting bukan dengan memaksa (:

Oklaa sampai sini jee duluuuuu. Nak siap2 g IKEA. Yeaaaayyy. Daaa Assalamualaikum~





No comments: