Saturday, October 15, 2011

Mentaliti Zaman Kini


DISCLAIMER
this post is totally copied from here 
bacalah. tak rugi, serious bemanfaat. kalau boleh hadam, sesama kita hadam ;D
(credit kepada tuan punya blog. sangat comel post ni ^_^)





orang putih kata mindset.
tak pun paradigm = how we look at things.

mungkin nampak simple.
tetapi haruslah diingat...
bagai dosa kecik yg dibuat, lama-lama jadi besar bukit jua.
ohooii..

benda-benda remeh yg kadangnya terlepas pandang, 
efeknya mungkin besar, 
mungkin merebak. 
mungkin berjangkit.. bila parah... susah nak rawat. 
kata prevention is better than cure
eh?

mentaliti orang2 kita yg femes sekarang, 
ingin sekali aku dan mereka yg bersama-sama denganku tune mindset biar jadi betul...



1. ibadah itu hanyalah sembahyang fardhu, puasa, zakat, dan tunaikan haji.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Az-Zariyat, 51:56.
ketahuilah kalian, ibadah itu adalah 24/7 hidup kita.
tidur itu ibadah.
kerja itu ibadah.
makan itu ibadah. 
belajar itu ibadah.
menutup aurat itu ibadah.
main fesbuk itu ibadah. ehh? 
kalau menggunakannya dengan cara yg betul.

ada rasa nampak view yg indah lagi luas?

yg penting berbalik kepada niat. niat betul, cara betul. semuanya baru jadi betul.



2. orang muda sekarang lebih suka berbincang tentang kapel/gf/bf/cinta berbanding masalah2 besar lain.
contoh senang dekat,  boleh tengok home facebook masing2.
link pasal apa yg suka/femes dikongsikan?

tak. aku tak kata sharing tuh salah. bagus sebenarnya kalau dah benda tu memang bagus.
serius tak tipu. 
cumanya, dari apa yg aku nampaklah kan...
people want to accept something rather than giving.
contohlah kan. si perempuan akan post pasal ciri-ciri lelaki yg osem untuk dibuat suami.
wallaaaah weh.. siapa yg tak mahu kalau dapat ciri2 yg dalam list?
tapi..tapi.. kenapa tidak diri sendiri yg berusaha menjadi perempuan solehah idaman jejaka semua?

tahukah anda, perempuan solehah di donia itu lebih dicemburui oleh bidadari sorga? *wink.wink.
barulah yg baik dapat yg baik...

sama jaaa... sebuaya-buaya lelaki pon mesti nak cari perempuan baik jadi isteri. 
heh. sungguh tidak gentleman lagi layak dibuat suami, *unless kalau dah bertaubat, dan berubah jadi osem. hohoi
sesungguhnya, manusia itu fitrahnya sukakan kebaikan, benda baik, 
apabila fitrah itu dilawan jadilah banyak benda buruk.
kan?

"Lu orang yang masih dalam dilema cinta manusia, kapel-clatch-kapel-clatch, awek curang, balak pasang lain, cinta tak kesampaian dan segala masalah dunia. Lu orang kena tahu, lu orang dah ketinggalan jauh. Orang sekarang ni dalam masalah agama, masalah akidah. Masalah macam mana mau cari jalan masuk syurga." credit resource

masalah sekarang masalah akidah... muslim hanya pada nama, tidak pada amalan dan perbuatan.
sebab apa punca semua ni? 

dan kita masih ada masa goyang kaki lepak tak peduli? -_-"
dan tak bermaksud aku di sini menolak langsung isu cinta.
tak. cumanya orang selalu salah guna, salah erti, salah cara... dan aku menolak apa-apa yg salah.
menerima apa yg betul.
oh, kejar cinta Ilahi itu tetap lebih utama sekalipun telah berumah dan bertangga. 
*tapi yg ini lah orang selalu abai...kan.


3.dakwah itu hanyalah yg berstatus ustaz/tabligh/ustazah.
yalah, mereka tuh kan orang berilmu. hanya orang berilmu yg layak memberi. 
habis tuh, nak tunggu cukup ilmu, tahun bilanya nak start memberi?
nabi pesan, "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat,"
kalaulah seorang sampaikan kepada seorang, kemudian menjadi dua orang,
tiga, empat, puluh, ratus. bla3.. :D 
kan senang?
*tapi tak ramai yg sedar hal ini. sila menangis sekarang. T.T

4. orang muda tak layak bagi pandangan/nasihat kepada orang tua.
fuuh... kononnya orang yg lebih muda tak cukup pengalaman,
jadi kau duduk diam-diam, dengar.
orang tua lebih dahulu makan garam. mesti lagi tahu.
betuuuul.
tapi... menolak mentah2 pendapat/idea orang lain tanpa difikirkan dahulu
mungkin boleh dikira agak sombong di situ.
sekalipun dia hanyalah seorang budak.
mana tahu apa yg dia suarakan itu betul.

sedangkan ketika surah Al-Nasr diturunkan (surah terakhir yg turun), 
Saiyidina Umar meminta Abdullah bin Abbas menafsirkan surah Al-Nasr. 
Abdullah bin Abbas, ketika itu masih lagi budak, kompem2lah jauh lagi muda dari para sahabat.
nak bandingkan dengan ilmu, apalah sangat budak ada kan?
tapi Allah turunkan hikmah pada seseorang itu tak dikira umurnya.
boleh jadi sesiapa sahaja.
semua para sahabat berasa gembira apabila surah ini turun. (boleh cek tafsir sebab apa)
tetapi hanya dengan satu tafsiran Abdullah bin Abbas, semua para sahabat menangis. 
katanya, surah ini menandakan tugas rasulullah s.a.w. telah berakhir dan akan wafat ...


5.buku 'aku terima nikahnya' hanyalah untuk orang yg nak kahwin/dah kahwin.
heeeh...... mananya don jaj a buk bai its kaver? 

kalau niat setakat melawak tuh, bolehlah terima.
ini siap buat muka terkejut, dan orang yg tak berkenaan tak layak baca lagi. *over*
oh, ini realiti namanya. 
jika wujudnya manusia2 begini di sekeliling anda,
feel free untuk guna tips saya,

sambil tersenyum paling ikhlas, tanyakan kembali kepada beliau.

'sudahkah anda membacanya, sehingga anda berkata begitu?'

haha. orang yg sudah baca kompem tak akan kata macam tuh.
bagai orang yg tak tengok movie, tapi semangat lebih nak review movie tu. mana boleeeh cek. -___-"
tak fair wa tak aci.

tahukah anda, saya mendapat satu lagi mentaliti orang kita dalam buku itu?
iaitu;


6. kita tak boleh tanya banyak soalan, sebab memang macam tuh.
kaaan? 
contoh : kecik2 dulu, 
'kalau tanya kenapa tak boleh duduk atas bantal?'
nanti bisul.
'kenapa tak boleh tidur meniarap sambil angkat kaki?'
nanti mak mati.
bila makin banyak soalan, 
'eh,janganlah banyak tanya, cepuk kang baru tahu.'
diam.
dan membesarlah dengan mindset, 'tak boleh banyak tanya, tak boleh.'
oh...kesian.
padahal, dalam islam, sangatlah digalakkan untuk berfikir,
kebenaran islam itu dibuktikan dengan memandang alam dan berfikir,
 "Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?" Al-Baqarah 2:76
selebihnya, belilah sendiri buku aku terima nikahnya ni dan baca.
aku baca pon sebab ada orang promote, dan housemate ada. bodoh namanya kan kalau tak baca?

yg aku suka, sebab cerita banyak pasal society, pasal ragam orang yg pelbagai, pasal thoughts, how to deal with problems, pasal family, pasal responsibilty. highly recommended for everybody
*perlu tak highlight everybody tuh? ahaaa..
.




baru sikit.. rasanya kalau nak list semua, boleh buat ensyklopedia kot.. ngeh.

p/s first step pon tak lepas lagi, macam mana nak dapat yg ke-7? -_-"

tangga maratib amal. 



bagaimana? bergaya bukan? (:
wake up people! lets wake up together! change this kind of mentality.
kita generasi yg mampu mengubah insyaAllah.
nak panjat tangga sampai tingkat ketujuh ni.  ayuh!

(erk buku aku terima nikahnya belum beli lagi ni.  Hehe okaay I'll read it sooooooon )




No comments: