"THE PEOPLE, NOWADAYS, ARE POUNCING FOR WORLDLY BENEFITS AS IF THE PURPOSE OF THEIR CREATION WERE TO COMPETE OVER THE WORLDLY MATERIALISTIC GAINS AND TO COLLECT THEM. THEY FORGOT A DAY WHEN THEY WILL RETURN TO ALLAH.
[orang zaman sekarang ni hanya fikir benda material, seolah-olah benda tu la sebab utama hidup kat muka bumi ni. berlumba-lumba nak mengaut selagi lalu. sampai lupa yang satu hari nanti masing-masing akan mati. masa tu selagi benda apa yang ada pun dah tak ada guna lagi."
paappp. kena sebijik kat batang hidung bila baca ni kan :(
"kita ada banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai kat luar sana.
Tanggungjawab pada DIA tu mestilah ada.
Tanggungjawab nak betulkan orang kat luar tu agar sedar, pun ada juga.
Tanggungjawab nak habiskan studies pun perlu diselesaikan juga.
Ada seribu satu benda kat luar tu yang tanggungjawabnya atas nama kita, tapi tak ada satu pun yang harganya sia-sia kalau kita pajakkan apa yang kita buat tu atas nama Dia."
Seriously HLOVATE always inspire me in any of her/his novels.
TERBAIKKKK. Teringin nak tawu sangat siapa diaa. . .
Jom ushaa kata2 lain lak yang keluar daripada penulis hebat novel ni :
hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana.
peluang yang dalam hidup ni sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. terlewat sesaat, makan asap.
kena merancang masa depan kalau nak senang. tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.
kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.
hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia.
semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.
kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.
kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.
The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.
Seriously people, I encourage you to read this novel. Bayangkan seorang lelaki yang memang kaki jamming n gila gigs boleh berubah sekelip mata sahaja dengan izinNya. Yang jenis memang solat tu aci buat tak buat je. so, tak mustahil kita semua pun boleh kan (:
dalam contengan jalanan aku belajar ajal dan maut tak kira kat mana2 je boleh.
dan alhamdulillah kalau kita sempat berubah sebelum ajal kita sampai.
kalau tak sempat macam mana? Nauzubillah ya Allah.
ya Rab, berikanlah kami pengakhiran yang baik.
Ok baru je lepas habis baca cerita pertama-FEND dah rasa terkesan sangat macam ni. Awesome lah HLOVATE!