Saturday, December 31, 2011

Awesome+Fabulous AF!


Tempoh cuti seminggu kali ni betul2 da berjaya kembangkan perspektif aku. 
Seriously dunia di KL dan di JB adalah dua dunia yg berlainan. Di JB aku hanya dikelilingi geng2 typical zaman sekarang yg fabulous tp di KL aku ditambah dengan kewujudan lagi satu group, geng akhawat bertudung labuh yg awesome. Dan di sini, aku nampak satu persamaan yang ketara antara dua. 

Ce baca quote ni
"Janganlah sesiapa perasan soleh dan solehah dan tengok orang biasa2 sebelah mata je. 
Semua orang berpotensi untuk jadi lebih baik"
-anonymous-

So nampak kan persamaan kat sini?
Aku sebagai orang tengah yang berada dalam kedua2 golongan ni, serious terharu dengar luahan rasa masing2. Terutama sekali golongan fabulous. Yes, aku sangat rapat dengan golongan fabulous. Mereka semua berhati lembut sebenarnya tapi takde siapa yg datang bantu mereka. Mana golongan awesome nih? Kata nak bagi mereka rasa ke'awesome'an sama-sama. Haah aku sendiri. . Apa yg aku buat utk tolong? :'(

Seminggu ni memang sangat2 buat aku terpikir. . .

Awesome n Fabulous, 
kita sedang sama2 mencari redha Illahi kan?
Betul, kita semua tak tahu apa nasib kita di akhir nanti,
Yang awesome tak semestinya kekal awesome. Ujian Allah sentiasa ada.
Yang fabulous tak mustahil boleh jadi lebih baik dari awesome.
Betul tak?

Oleh itu,
"Janganlah tersangat bangga dengan apa yg kita da capai dan janganlah pula tersangat rendah dengan apa yg kita miliki"


Semuanya boleh berubah dgn sekelip mata.
Jadi, kejarlah apa yg da pasti.
Sebab Our Beloved God dah bagi kita peluang utk pilih jalan mana yg sepatutnya kan?
Ada ke orang nak neraka? Mestilah semua nak syurga :')

Small changes will do people :)
JADIKAN AZAM TAHUN BARU YEE.  
INSYAALLAH!

*peringatan paling besar utk diri ni sendiri*


Published with Blogger-droid v1.7.4




4 comments:

~runforrainbow~ said...

great blog dila..simple but attractive..hehe

sindaDila said...

Thanks syg. Hope bermanfaat :)
Your blog t0o. Nice presentation ^^

Iznie said...

betul... :) setuju dgn dila. :)

tak boleh nak judge org dgn luarannya je..

sindaDila said...

True syg :)