Friday, April 22, 2011

Oh my DIOR! :D


Assalamualaikum readers!
Enthusiastically, I just can't stand anymore to share with you guys about . .


YEAH! HELIZA HELMI!
A person that I admire a long time ago.
and I don't know why, recently I like to open her page on facebook
looking at her photos. wuuppss well sorry, doesn't mean that I like to stalk people okay. It just because her updates always appear on my news feed section. You guys ada facebook kan? You tahulaah ;D

Well, what am I going to say here is about HER NEW STYLE!
Nak tengok tak nak tengok tak?


If you are lazy to click it, never mind, I dah upload siaap2.
Tengoklaaahhh pastu nanti komen apa yg korang nampak lain kat dia eh :D








Can you detect something? It's obvious right?
Tak perlu bagitahu. Just admit that she's really cute in this style kan? :D
Serious sukaaaaa! Where can I get that kind of selendang eh dear Heliza?
I wanna this darn badly. . .







Friday, April 15, 2011

Bagai Ditembak dengan Senapang


Fuuh gila sakitt.

"sdng cbe mencari hidup aq yg da hilang"

Ntah dari mana aku jumpa ayat ni, tapi memang "terbaik" aa.
the same way that I feel too. But even worse I guess.
Peluang kedua yg diminta dibiarkan begitu sahaja.

ثُمَّ أَرْضِنِي
Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.


15/4/11







Monday, April 4, 2011

Marilah Kita Bersama-sama Menjaga (:


Jaga apa ye Dila?
Ha, korang baca la komik comeel ni dulu kalau nak tahu :D


Tu diaa, AURAT SUARA.
Sebagai seorang wanita, ye saya tahu macam2 perasaan n macam2 ragaam kitorang ni.
Ada yg cakap, 'abes tu kalau suara dia memang yg jenis lunak merdu comel tu camne?'
Betul, memang tak dinafikanlah kelembutan tu.
Tapi korang dah tahu kelebihan tu then korang sebenarnya buat dia lagi lembutkan?
Sampai kekadang dah sebati n akhirnya jadilah macam tu, lembut buat2 yg dah sebati.
Serious lelaki memang tak dapat differentiate kelembutan asli ataupun tak sebab dorang dah dikaburi. Even perempuan pun tak dapat kesan. But, as my friend's experience, dia cakap kawan korang yg duduk setiap hari ngan korang je yg dapat detect benda tuu. Yelah, dapat mengenal pasti character yg asal. Sebab orang yg menambah2 liuk-liuk kelembutan ni, dia tak boleh stay macam tuu je.
Korang bangga ke buat camtu? Sebab dapat tarik ramai perhatian lelaki eh?
Tak comel la korang ni. Kan best kalau kita simpan just untuk hubby (:
Hee bukan nak provok. Nak bg contoh jap kat sini.

I have a friend yg seriously suara dia memang lembut sedap gilaa.
Tapi memang respect dia sangat2.
Pandai jaga depan public. Intonasi biasa je dia guna.
Ayat pun takdela pakai ayat yg lentuk liuk tuu.
Tapi bila dengan girls je seriously comeeel dia semua memang keluar.
Memang manjaa (:
SO, dalam kalangan lelaki dia memang tak terkenal sebagai budak hot ke apa, tapi I can smell the sense of respects from guys to her. Takde pun yg berani nak kacau dia. Padahal budak ni LAWAAAAAAA gila.
SEE? macam mana dia jaga diri dia. Comel kan?
Jomlah korang kita sama2 berubah ye.


Saya juga masih dalam proses utk berubah.
InsyaAllah kita sama2 boleh (:
Jika ada salah silap saya di sini, mohon maaf dan harap ditegur ye.






Monday, March 28, 2011

Tentang Cinta. . .


Antara petikan daripada buku karya PAHROL MOHD JUOI




Anda belum matang sekiranya :

1. Menghabiskan nilai kad telefon prabayar untuk berbual dengan 'kekasih' sedangkan wang membelinya daripada wang kiriman ibu bapa anda.


2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!


3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.


4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!


5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.


6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.


7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.


8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' daripada kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!




Anda telah sedia untuk BERCOUPLE jika :


1. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.


2. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqadimmah' zina. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan. . . dot-dot.


3. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Masih kandas ilmu fardhu Ain, mengaji Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan.


4. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang. . . aduhai!



Muhasabah sebentar (:

Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat-Nya Aminn insyaAllah.





Sunday, March 27, 2011

Feel free to read this beautiful story (:

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.


Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.


Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.


Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.


Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.


Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.


Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.


Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?


********

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin


SOURCE : here.


ku akui untuk berubah bukanlah suatu perkara yg mudah. Tambahan lagi, jika kita berada dalam persekitaran yang langsung tidak membantu kita untuk ke arah itu. Takpe kawan2, insyaAllah dengan niat yg baik itu dan doa yg tidak putus2, insyaAllah Dia akan membantu kita. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (:





Thursday, February 17, 2011

Yeaay! Mood utk menulis dah datang!



Assalamualaikum semua (:
Mukadimah dengan gambar Rapunzel masa baby! Gila comeel kan? Ahaa aku memang takleh handle dengan benda2 comeeel ni. Kalau dapat nak picit2 jeeeeeee. Lagi2 budaak2 kecik. Hati2 la dengan Kak Dila yee :DD

Anyway, cuti dah nak dekat masuk seminggu tapi baru sekarang aku teringat pasal blog haha aduhai
Ntahlah mana aku habiskan waktu cuti ni.
Baca noveel kot! Yes aku memang hantu noveel. Seronoookk kot ((:
Kalau ada orang hadiahkan novel or buku2 mungkin aku sangat terujaa!
Tak rugi membaca ni. Banyak ilmu dapaat.
Lagi2 Hlovate punya. Cayala dia tu aku rasa brilliant punya novelist plus seriously ayat slumber gila.
Best tahap giga and tahap petala kelapan :D

Hari ni aku dok mentela'ah blog SindaDila ni haha yep2 aku akui tulisan aku dulu sangatlah kelakar hehe gelaak sorang2 baca. Dengan aktiviti tag mengetag award mengeward.

Korang paham tak agaknya bila tengok post2 aku yang dulu?
Takyah paham kot. Tu dulu zaman2 aku aktif berblogging. . Rinduuu. .
Sebenarnya banyak da post2 yg lepas aku da delete. Sangat banyak.
Yg tinggal just saki baki tag n award yg adaa. Kenangan kott. Yg tu je aku biarkan.
Hope korang paham coz aku rasa aku yang dulu dan aku yang sekarang adalah dua dunia yang berlainan. Kott :D
Beginilah agaknya orang yg sedang membuat transformasi.
Jom korang kita berubah kepada yg lebih baik! Yeaay! ((:

Oklah nanti nak sambung lagi~






(:


Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta semu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hati-Mu

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
Agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALLAH,
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya pada-Mu

Ya ALLAH,
Jika dia memang seseorang yang Engkau berikan untuk melengkapi agama dan hidup hamba,
Mohon singkapkan tabir penghalang agar jalan menuju-Mu dimudahkan,
Satukan kami dalam ikatan Ar Rahman dan Ar Rahim-Mu,
Jauhkan kami dari kebimbangan dan mantapkanlah hati-hati ini untuk menggapai anugerah-Mu.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya ALLAH,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Telah berjumpa untuk taat pada-Mu,
Telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
Telah berjanji setia dalam membela syari’at-Mu,
Kuatkanlah Ya ALLAH ikatannya, kuatkanlah cintanya, tunjukilah jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan-Mu
Dan keindahan bertawakkal di jalan-Mu,
Hidupkanlah dalam ma’rifah-Mu,
Dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu

Amin…