Antara petikan daripada buku karya PAHROL MOHD JUOI
Anda belum matang sekiranya :
1. Menghabiskan nilai kad telefon prabayar untuk berbual dengan 'kekasih' sedangkan wang membelinya daripada wang kiriman ibu bapa anda.
2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!
5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau memberi SMS kepada bapa anda di kampung.
7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah 'I Love You' daripada kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!
Anda telah sedia untuk BERCOUPLE jika :
1. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.
2. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqadimmah' zina. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan. . . dot-dot.
3. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Masih kandas ilmu fardhu Ain, mengaji Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan.
4. Anda telah bersedia untuk bercouple jika. . . Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar. Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika. . . Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang. . . aduhai!
Muhasabah sebentar (:
Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat-Nya Aminn insyaAllah.
No comments:
Post a Comment