Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Monday, November 7, 2011

sms seorang ibu

Salam. Anak2 ibu. Btapa pilu n sedihnya hati ibu bila trdengar suara takbir bergema. Anak2 ibu tiada disisi ibu. Teringat kenangan silam waktu kita bersama dulu. Kemeriahan begitu terasa tapi tahun ini pertama kali ibu beraya tanpa anak disisi. Sedih sepi tidak lgi melihat senyuman manja n manis serta keayuan ank2 perempuan ibu. Begitu juga kehenseman satu2nya ank lelaki ibu yg selalu ibu rindui. Ketika ini air mata penyesalan menjadi teman ibu di pagi hari mengiringi suara takbir bergema. Ibu pohon seribu kemaafan dan keampunan darimu ank2 ku. Keriuhan tawa ank2 sedara ibu semakin menyentuh hati kalbu ibu. Semakin kuat mengingati mu wahai ank2 kesayanganku. Hanya air mata kesedihan menemani ibu. Menjadi teman ibu ketika ini. Anak2 ku. Kasih sayang ibu xpenah luntur walau sesaat di hati ini. Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat. Ibu xdpt nak meneruskan luahan hati dalam sms ini lagi. Harapan ibu dipagi ini. Ank2 ibu tersenyum manis walaupun tanpa ibu disisi. Ibu masih di katil sepi seorang diri. Peluk cium dari ibu untk mu whai ank2 kesayangan ku. Salam utk semua yg ada di sana. Moga2 Allah sentiasa merahmati dan melindungi anak2 ibu. Ampunkan dosa2 ibu. Peluklah ibu sayang. Bayangkan dalam hatimu. Amin.


Luahan hati seorang ibu. Semoga engkau tabah kawanku. . InsyaAllah.


Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya. . . [Al-Baqarah : 286]

Published with Blogger-droid v1.7.4




Saturday, October 15, 2011

Mentaliti Zaman Kini


DISCLAIMER
this post is totally copied from here 
bacalah. tak rugi, serious bemanfaat. kalau boleh hadam, sesama kita hadam ;D
(credit kepada tuan punya blog. sangat comel post ni ^_^)





orang putih kata mindset.
tak pun paradigm = how we look at things.

mungkin nampak simple.
tetapi haruslah diingat...
bagai dosa kecik yg dibuat, lama-lama jadi besar bukit jua.
ohooii..

benda-benda remeh yg kadangnya terlepas pandang, 
efeknya mungkin besar, 
mungkin merebak. 
mungkin berjangkit.. bila parah... susah nak rawat. 
kata prevention is better than cure. 
eh?

mentaliti orang2 kita yg femes sekarang, 
ingin sekali aku dan mereka yg bersama-sama denganku tune mindset biar jadi betul...



1. ibadah itu hanyalah sembahyang fardhu, puasa, zakat, dan tunaikan haji.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Az-Zariyat, 51:56.
ketahuilah kalian, ibadah itu adalah 24/7 hidup kita.
tidur itu ibadah.
kerja itu ibadah.
makan itu ibadah. 
belajar itu ibadah.
menutup aurat itu ibadah.
main fesbuk itu ibadah. ehh? 
kalau menggunakannya dengan cara yg betul.

ada rasa nampak view yg indah lagi luas?

yg penting berbalik kepada niat. niat betul, cara betul. semuanya baru jadi betul.



2. orang muda sekarang lebih suka berbincang tentang kapel/gf/bf/cinta berbanding masalah2 besar lain.
contoh senang dekat,  boleh tengok home facebook masing2.
link pasal apa yg suka/femes dikongsikan?

tak. aku tak kata sharing tuh salah. bagus sebenarnya kalau dah benda tu memang bagus.
serius tak tipu. 
cumanya, dari apa yg aku nampaklah kan...
people want to accept something rather than giving.
contohlah kan. si perempuan akan post pasal ciri-ciri lelaki yg osem untuk dibuat suami.
wallaaaah weh.. siapa yg tak mahu kalau dapat ciri2 yg dalam list?
tapi..tapi.. kenapa tidak diri sendiri yg berusaha menjadi perempuan solehah idaman jejaka semua?

tahukah anda, perempuan solehah di donia itu lebih dicemburui oleh bidadari sorga? *wink.wink.
barulah yg baik dapat yg baik...

sama jaaa... sebuaya-buaya lelaki pon mesti nak cari perempuan baik jadi isteri. 
heh. sungguh tidak gentleman lagi layak dibuat suami, *unless kalau dah bertaubat, dan berubah jadi osem. hohoi
sesungguhnya, manusia itu fitrahnya sukakan kebaikan, benda baik, 
apabila fitrah itu dilawan jadilah banyak benda buruk.
kan?

"Lu orang yang masih dalam dilema cinta manusia, kapel-clatch-kapel-clatch, awek curang, balak pasang lain, cinta tak kesampaian dan segala masalah dunia. Lu orang kena tahu, lu orang dah ketinggalan jauh. Orang sekarang ni dalam masalah agama, masalah akidah. Masalah macam mana mau cari jalan masuk syurga." - credit resource

masalah sekarang masalah akidah... muslim hanya pada nama, tidak pada amalan dan perbuatan.
sebab apa punca semua ni? 

dan kita masih ada masa goyang kaki lepak tak peduli? -_-"
dan tak bermaksud aku di sini menolak langsung isu cinta.
tak. cumanya orang selalu salah guna, salah erti, salah cara... dan aku menolak apa-apa yg salah.
menerima apa yg betul.
oh, kejar cinta Ilahi itu tetap lebih utama sekalipun telah berumah dan bertangga. 
*tapi yg ini lah orang selalu abai...kan.


3.dakwah itu hanyalah yg berstatus ustaz/tabligh/ustazah.
yalah, mereka tuh kan orang berilmu. hanya orang berilmu yg layak memberi. 
habis tuh, nak tunggu cukup ilmu, tahun bilanya nak start memberi?
nabi pesan, "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat,"
kalaulah seorang sampaikan kepada seorang, kemudian menjadi dua orang,
tiga, empat, puluh, ratus. bla3.. :D 
kan senang?
*tapi tak ramai yg sedar hal ini. sila menangis sekarang. T.T

4. orang muda tak layak bagi pandangan/nasihat kepada orang tua.
fuuh... kononnya orang yg lebih muda tak cukup pengalaman,
jadi kau duduk diam-diam, dengar.
orang tua lebih dahulu makan garam. mesti lagi tahu.
betuuuul.
tapi... menolak mentah2 pendapat/idea orang lain tanpa difikirkan dahulu
mungkin boleh dikira agak sombong di situ.
sekalipun dia hanyalah seorang budak.
mana tahu apa yg dia suarakan itu betul.

sedangkan ketika surah Al-Nasr diturunkan (surah terakhir yg turun), 
Saiyidina Umar meminta Abdullah bin Abbas menafsirkan surah Al-Nasr. 
Abdullah bin Abbas, ketika itu masih lagi budak, kompem2lah jauh lagi muda dari para sahabat.
nak bandingkan dengan ilmu, apalah sangat budak ada kan?
tapi Allah turunkan hikmah pada seseorang itu tak dikira umurnya.
boleh jadi sesiapa sahaja.
semua para sahabat berasa gembira apabila surah ini turun. (boleh cek tafsir sebab apa)
tetapi hanya dengan satu tafsiran Abdullah bin Abbas, semua para sahabat menangis. 
katanya, surah ini menandakan tugas rasulullah s.a.w. telah berakhir dan akan wafat ...


5.buku 'aku terima nikahnya' hanyalah untuk orang yg nak kahwin/dah kahwin.
heeeh...... mananya don jaj a buk bai its kaver? 

kalau niat setakat melawak tuh, bolehlah terima.
ini siap buat muka terkejut, dan orang yg tak berkenaan tak layak baca lagi. *over*
oh, ini realiti namanya. 
jika wujudnya manusia2 begini di sekeliling anda,
feel free untuk guna tips saya,

sambil tersenyum paling ikhlas, tanyakan kembali kepada beliau.

'sudahkah anda membacanya, sehingga anda berkata begitu?'

haha. orang yg sudah baca kompem tak akan kata macam tuh.
bagai orang yg tak tengok movie, tapi semangat lebih nak review movie tu. mana boleeeh cek. -___-"
tak fair wa tak aci.

tahukah anda, saya mendapat satu lagi mentaliti orang kita dalam buku itu?
iaitu;


6. kita tak boleh tanya banyak soalan, sebab memang macam tuh.
kaaan? 
contoh : kecik2 dulu, 
'kalau tanya kenapa tak boleh duduk atas bantal?'
nanti bisul.
'kenapa tak boleh tidur meniarap sambil angkat kaki?'
nanti mak mati.
bila makin banyak soalan, 
'eh,janganlah banyak tanya, cepuk kang baru tahu.'
diam.
dan membesarlah dengan mindset, 'tak boleh banyak tanya, tak boleh.'
oh...kesian.
padahal, dalam islam, sangatlah digalakkan untuk berfikir,
kebenaran islam itu dibuktikan dengan memandang alam dan berfikir,
 "Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?" Al-Baqarah 2:76
selebihnya, belilah sendiri buku aku terima nikahnya ni dan baca.
aku baca pon sebab ada orang promote, dan housemate ada. bodoh namanya kan kalau tak baca?

yg aku suka, sebab cerita banyak pasal society, pasal ragam orang yg pelbagai, pasal thoughts, how to deal with problems, pasal family, pasal responsibilty. highly recommended for everybody. 
*perlu tak highlight everybody tuh? ahaaa..
.




baru sikit.. rasanya kalau nak list semua, boleh buat ensyklopedia kot.. ngeh.

p/s : first step pon tak lepas lagi, macam mana nak dapat yg ke-7? -_-"

tangga maratib amal. 



bagaimana? bergaya bukan? (:
wake up people! lets wake up together! change this kind of mentality.
kita generasi yg mampu mengubah insyaAllah.
nak panjat tangga sampai tingkat ketujuh ni.  ayuh!

(erk buku aku terima nikahnya belum beli lagi ni.  Hehe okaay I'll read it sooooooon )




Friday, September 9, 2011

Only one week left?

Yelaa of coursee. Ya Allah so fast time flies. Only one week from now I will go back to Uniten. Bila dah masa singkat macam ni baru terasa nak buat mcm2 benda. Haa ameeekk! Selama ni buat apa je? Aggh gotta change this. Have to. Must be Dila! Don't repeat this again. Buat ni azam bila da jadi lady nanti. (awww i mean when i reach 20 :D )

Actually I have lots of things to write here. Could I just put them all in this post? Oh I'll try to make them short. Don't worry. Hehe.


1. Weeks ago my relatives had been asking me about this thing 'Biar papa asal bergaya'. Silap besar la kalau tanya cik Dila xD Oh chill laa, xde pape pun. Btw, everyone has his or her own opinion. As for me, I will not directly telling my stand here. Because I think you could judge it by yourself then by looking at the pros and cons listed.
PROS : Nampak bergaya la. Up to date gitu. Jadi fofular. Uihh beli kat mana ni. Cantikklaa. (normally perempuan la ni.)
CONS : Erk, duit kena korek2. Hutang dgn orang. Benda lain yg lbih utama utk dibeli diltk tepi.

So i just pen off the topic here by questions. Rasanya okay ke bila berhutang disebabkan nak penuhi kehendak je? Taknak tunggu ke bila ada duit betul2? Best ke biala papa asal bergaya ni? Hmmm. Tapi bukan ke tgh ada duit tu la kita kena beringat? Simpan utk buat belanja nasi minyakk ke. ( oh ni yg utk da niat na kahwin la kan kehkeh ) Buatnya tiba2 masuk hospital ke? Kereta accident teruk ke? Ha naa korek mana? Hutang jugak? Kan tambah lagi stress diri. Puncanya sebab nak begaya je? Haa kazeen, jawab2.
Tak salah pun nak bergaya ( jp2 tp bergantung pada niat sebb ada org jenis mmg suka benda2 baru ni ) tapi janganlah sampai memudaratkan diri. Sebenarnya kadang2 kita tak sedar kita yg cari masalah utk diri kita sendiri. Tapi kalau ada duit lebih, why not kan, xde sape halang. Asalkan keperluan semua ok dah. Lagipun Islam pun suruh kita bersederhana (:


2. Petang tadi, baru lepas baca post terkini Angel Pakai Gucci. Serius sangat rasa sayuuu. . Trylah baca. With really a good tarbiyah he received, I never expect he's actually having that kind of family surrounding. Moga Allah permudahkan segalanya insyaAllah. Well, days before, I just found who is the person behind this Angel Pakai Gucci. To be frank, baru je baca blog dia senanye. Hehe. Setiap kali baca post dia, sentiasa rasa macam dpt usrah online :D Bestt. Dan dia pun bukanlah calang2 orang. Ex-student LSE yg skrg bekerja dgn Khazanah yg sponsor dia dulu. Trylaah usha blog dia :D


3. Btw, from today onwards I have to start doing my application process. Have to Dila! So that you won't have so many things to do when the deadline is just around a corner. Cepat siap, hati senang kan? Plus you also have degree's subjects to be learned as well. Don't procrastinate ok dear (Sometimes I like to be a mama for myself kahkah payah2)


Erkk I guess this is quite long. . Upss. Okla gonna stop right here. Till we meet again. Btw, I'm not sure whether after this I still have times to update this blog again :( Just wish to do that. Buttt, pretty sure u must lah Dilaa. Practice that you already at the states yaah to update many things about u. Okay? Rightio (:


p/s : maaf post kali ni agak tidak berdisiplin. banyak sangat bahasa campuran. manglish :D

Published with Blogger-droid v1.7.4




Friday, August 12, 2011

siapa kita nak hukum2 orang lain


memang da niat nak post dua benda dalam sehari ni.
haha amekk. sekali da update, taknak stop hee~
so ni lah dia post kedua.


rasanya layak ke kita nak judge2 orang?
ataupun buat anggapan yg macam2 kat seseorang.

contohnya:
1. nampak org gigil nak bercakap kat depan. habis dikatakan itu pun takut ke.
-sape tahu satu hari nanti dia lagi petah bagi ucapan dari kita-

2. nampak orang hisap rokok. dia tu mesti tak baikk.
-sape tahu satu hari nanti dia berhenti n jadi lagi baik dari kita-

3. nampak orang kat shopping complex berhuha huha dengan mmbr. bazir masa je keje.
-sape tahu dia senanye tgh berusrah haaaa-


so, husnudzon lah sebaik2nya.
lagi satu. doa kan senjata mukmin.
kalau betul la kita nampak benda tu tak baik, doalah supaya dijauhkan.
ataupun kalau kita boleh cegah, cegahlah.
bukannya mengkritik apa yg dilakukan.
tak mustahil kita pulak bertukar tempat dengan dia satu hari nanti kalau kita terus amalkan 'judging people' ni. kan?


God himself does not propose to judge man until the end of his days.
Why should you and I?
-in Dale Carnegie's book-

jadi, tugas judging ni biarlah kita serahkan pada Allah.
tugas kita, kalau pasti tegurlah mana yg sepatutnya dgn berhikmah.
kalau tak mampu, doalah.
tapi kalau kita xpasti keadaan tu betul atau salah, husnudzon lebih baik (:
janganlah judging orang itu ini jahat ke baik. cukup tak comeeel~



sebenarnya da lama entry ni n entry 3T duduk dalam draft tak keluar2.
seminggu lebih da kot da xtgk blog.
akhirnya kosong da draft. lega :D




Wednesday, August 10, 2011

Amalkanlah 3T :D


agaknya manusia kalau tengah
marah / tension / banyak masalah / seangkatannya
memang suka buat benda yg 'pelik2' eh?

pelik as :
1. sesuka hati nak lepaskan marah kat sesape je.
2. buat benda bukan2 yg boleh memudaratkan diri gak.
3. biarkan muka masam kalah susu basi utk seharian.
4. dan macam2 lagilah.


agak2 nya kita macam ni tak?
yes, kkdg tanpa disedari :(
kenapa kita tak amalkan 3T dulu sebelum nak buat benda2 'pelik' tuu?
3T : THINK TWICE, THRICE
or in bahasa we called it 'fikir dua tiga kali'

1. kesian kot orang yg xbersalah tu tiba2 kena hambuur macam2.
2. lepas tu buat mcm2 tanpa pikir panjang. bila da sedar baru rasa menyesal.
3. come on laa, we live in a community. bukan kita sorang je ada masalah sampai nak berlawan masam dengan susu basi tu.

pikirlah dulu sebelum buat apa2.
pikir utk jangka masa panjang.
consequences utk masa akan datang.
memang lah susah sebab tengah beremosi kan.
tapi apa la salahnya kita cuba

sebab orang yang paling kuat ialah orang yang berjaya mengawal dirinya ketika marah

tambahan lagi Allah pun ada sebut dalam al-Quran

. . . orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[3:134]


so apa lagi
marilah amalkanlah 3T! (haha promot)
pikirlah dua tiga kali dulu sebelun cakap pape or buat pape.
sebab kita sendiri yg akan susah kelak.
orang pun takut nak dekat.
nak ke? tak nak kan? :D
lagipun bukan kita sorang je yg ada masalah rumit kat dunia ni.
orang lain pun ada gak tapi boleh leeekk je.
lagi sedih kanak2 yg kat afghanistan n somalia tuu.
kita ni berunttuuung sangaaat2 lagi senanye.
syukurlah.


yeaay saya nak cuba jadi orang yang paling kuat!


p/s : leekk kat sini bukanlah maksudnya bila ada masalah or rasa nak marah, kena wat leekk je. taklaa. kenalah cari cara utk settlekan. cara yg nak settlekan tuu yg kena makesure 3T. tak memudaratkan diri sendiri n org lain jugak. sekian :D

untuk peringatan diri ni jugak. seriously.





Wednesday, July 27, 2011

Human Often Forget


Yes, it is true.
Human beings. Like me.
Often forget the responsibilities entrusted to us.
The purpose of we've been created.
As abid. As khalifah. As dai'e.

As abid:
And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.
[51:56]

As khalifah:
To make ourselves good.
To help others (society) become good.
To explore and make the physical world good (clean and beautiful).

As da'ie:
amar ma'ruf nahi mungkar.
*ajak member g study pun amar ma'ruf da*



peluh nitik2. fuh banyaknya tugaas =__=
don't worry dila.
wake up! look around dear.
people are changing.
the shy one becomes brave now.
then thin grows fatter. *ehm hehe*
the baby becomes cuter @_@
the worst becomes best!
besides we're physically changing, why can't we make the inside changing as well?


it will be better day by day.
it's okay to start with something simple.
because Allah looks on our efforts rather than the results.
inspiring much?

Also life isn't just about enjoying.
Yes we may do everything that we want.
But MAKE SURE
that thing is not prohibited by our Lord.

I'm a human.
and you're a human too.
As humans, we are always forgetful.
Thus, we need to be reminded.
By then, search friends that can always do this to you.
and you can do this to them too (:
*ingatkan dila jugak. . tolong tolong*


May all of us live a blessing life
under the guidance of the Quran and the Sunnah insyaAllah.
[AnwarHadi]


p/s: I'm happy we're progressing to be better.
DALE CARNEGIE. I am really wanna have your books right now. .





Saturday, June 18, 2011

CONTENGAN JALANAN II


Betul lah kata seseorang tu,

benda perubahan camni bukan boleh dipaksa-paksa.

Sama lah macam yang HLOVATE cakap dalam part 2 novel ni.


"Hati tu Allah yang pegang, bukannya orang. Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi. Benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang berbeza."


Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided.

[Al-Qasas : 56]


insyaAllah doaku akan sentiasa menemanimu . . .

aku tak pernah mengharapkan sesuatu yang besar pun.

sebab diri ni pun masih merangkak mencari jalan yang sepatutnya.

berseorangan fight dengan diri sendiri.

dan kadang2 memang aku lemah dan kalah.

tahu-tahulah kan dunia ni. makin lama makin menggila.

yang kadang2 memang aku pun terikut-ikut

akan keadaan sekeliling dan kawasan sekitar.

haisyh. kuatlah wahai hati.

semoga hidayah Allah turut sampai kepada orang2 yang aku sayang. .





Monday, June 13, 2011

CONTENGAN JALANAN



"THE PEOPLE, NOWADAYS, ARE POUNCING FOR WORLDLY BENEFITS AS IF THE PURPOSE OF THEIR CREATION WERE TO COMPETE OVER THE WORLDLY MATERIALISTIC GAINS AND TO COLLECT THEM. THEY FORGOT A DAY WHEN THEY WILL RETURN TO ALLAH.
[orang zaman sekarang ni hanya fikir benda material, seolah-olah benda tu la sebab utama hidup kat muka bumi ni. berlumba-lumba nak mengaut selagi lalu. sampai lupa yang satu hari nanti masing-masing akan mati. masa tu selagi benda apa yang ada pun dah tak ada guna lagi."

paappp. kena sebijik kat batang hidung bila baca ni kan :(


"kita ada banyak lagi tanggungjawab yang tak selesai kat luar sana.
Tanggungjawab pada DIA tu mestilah ada.
Tanggungjawab nak betulkan orang kat luar tu agar sedar, pun ada juga.
Tanggungjawab nak habiskan studies pun perlu diselesaikan juga.
Ada seribu satu benda kat luar tu yang tanggungjawabnya atas nama kita, tapi tak ada satu pun yang harganya sia-sia kalau kita pajakkan apa yang kita buat tu atas nama Dia."

Seriously HLOVATE always inspire me in any of her/his novels.
TERBAIKKKK. Teringin nak tawu sangat siapa diaa. . .

Jom ushaa kata2 lain lak yang keluar daripada penulis hebat novel ni :

hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana.

peluang yang dalam hidup ni sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. terlewat sesaat, makan asap.

kena merancang masa depan kalau nak senang. tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.

kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia.

semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.

kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.

kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.

The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.

Seriously people, I encourage you to read this novel. Bayangkan seorang lelaki yang memang kaki jamming n gila gigs boleh berubah sekelip mata sahaja dengan izinNya. Yang jenis memang solat tu aci buat tak buat je. so, tak mustahil kita semua pun boleh kan (:

dalam contengan jalanan aku belajar ajal dan maut tak kira kat mana2 je boleh.
dan alhamdulillah kalau kita sempat berubah sebelum ajal kita sampai.
kalau tak sempat macam mana? Nauzubillah ya Allah.

ya Rab, berikanlah kami pengakhiran yang baik.

Ok baru je lepas habis baca cerita pertama-FEND dah rasa terkesan sangat macam ni. Awesome lah HLOVATE!





Wednesday, June 8, 2011

Should I or Shouldn't I?


YOU'VE GOT NO RESPONSE.
Is it one of the signals for me to stop right here?
Should I or shouldn't I?

Let the question be.
Bukan tujuan utama post ini dikeluarkan.
Malam ni just nak share something je dengan anda2 semua.
Love letter yg comel ni daripada Pencipta kita.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang"
[Surah Ar-Ra'd, 13 : 28]

Seriously, yup! (:
Nak ber'G6'? nak ber'Rocketeer'? ber'lazy song'? okay je.
Asal kita tak khayal, tak lalai, and paling penting
kita tak lupa untuk sentiasa ingat Dia dalam apa juga perkara yg kita sedang lakukan.
Sebab segala apa yg kita dapat, bukankah nikmat daripada Dia?
Betul, tak dinafikan sebagai manusia kita akan mudah terleka.
Mana taknya. Syaitan keliling duk apit, duk bisik, duk usha.
Betul tak?
Tapi takkan nak bagi dorang asyik menang je kan?
Takkan kita nak jadi kuda tunggangan syaitan (soalan exam tadi)
Okay people?

Yeaah baguss, baik2 semuanya ((:
Alhamdulillah.
Teruskan usaha kita ke arah perubahan ye.






Monday, April 4, 2011

Marilah Kita Bersama-sama Menjaga (:


Jaga apa ye Dila?
Ha, korang baca la komik comeel ni dulu kalau nak tahu :D


Tu diaa, AURAT SUARA.
Sebagai seorang wanita, ye saya tahu macam2 perasaan n macam2 ragaam kitorang ni.
Ada yg cakap, 'abes tu kalau suara dia memang yg jenis lunak merdu comel tu camne?'
Betul, memang tak dinafikanlah kelembutan tu.
Tapi korang dah tahu kelebihan tu then korang sebenarnya buat dia lagi lembutkan?
Sampai kekadang dah sebati n akhirnya jadilah macam tu, lembut buat2 yg dah sebati.
Serious lelaki memang tak dapat differentiate kelembutan asli ataupun tak sebab dorang dah dikaburi. Even perempuan pun tak dapat kesan. But, as my friend's experience, dia cakap kawan korang yg duduk setiap hari ngan korang je yg dapat detect benda tuu. Yelah, dapat mengenal pasti character yg asal. Sebab orang yg menambah2 liuk-liuk kelembutan ni, dia tak boleh stay macam tuu je.
Korang bangga ke buat camtu? Sebab dapat tarik ramai perhatian lelaki eh?
Tak comel la korang ni. Kan best kalau kita simpan just untuk hubby (:
Hee bukan nak provok. Nak bg contoh jap kat sini.

I have a friend yg seriously suara dia memang lembut sedap gilaa.
Tapi memang respect dia sangat2.
Pandai jaga depan public. Intonasi biasa je dia guna.
Ayat pun takdela pakai ayat yg lentuk liuk tuu.
Tapi bila dengan girls je seriously comeeel dia semua memang keluar.
Memang manjaa (:
SO, dalam kalangan lelaki dia memang tak terkenal sebagai budak hot ke apa, tapi I can smell the sense of respects from guys to her. Takde pun yg berani nak kacau dia. Padahal budak ni LAWAAAAAAA gila.
SEE? macam mana dia jaga diri dia. Comel kan?
Jomlah korang kita sama2 berubah ye.


Saya juga masih dalam proses utk berubah.
InsyaAllah kita sama2 boleh (:
Jika ada salah silap saya di sini, mohon maaf dan harap ditegur ye.